dzulfotografi wedding photographer

BLOG

Pakej Mahal? Pakej Murah?

Persoalan seperti ini sentiasa bermain difikiran serta dimulut kita.  Persoalan yang sentiasa tidak ada penghujungnya.  Idea ini saya kupaskan sekali lagi setelah membaca apa yang saudara saya komenkan dlam blog beliau disini.

Saya juga pernah menerima beberapa pertanyaan berkenaan dengan harga pakej fotografi yang saya tawarkan untuk sesi fotografi perkahwinan. Ada yang hanya sekadar bertanya dan tidak memerlukan khidmat berkenaan, ada yang saja-saja nak tahu untuk melihat sejauh mana komitmen serta potensi dzulfotografi pada pandangan mereka dan ada juga yang bertanya hanya nak tahu harga sahaja (mungkin juga mereka ini dari golongan jurugambar juga) apa-apa sekalipun, semua itu tidak menjadi masalah bagi saya untuk menjawab apa saja pertanyaan anda semua.  Saya amat gembira walaupun hanya dapat menjawab dan tidak mendapat booking/tempahan pun pada masa berkenaan.Apa yang menarik, seperti yang saudara Ismail katakan, ini adalah satu petanda yang baik kerana apa yang saya cuba sampaikan serta kongsikan sudah sampai kepada golongan sasaran iaitu mereka yang bercadangan mendapatkan khidmat fotografi bagi memeriahkan majlis perkahwinan mereka dgn kata lain, golongan yang bercadang untuk berkahwin.  Mungkin juga pelanggan lain seperti pengusaha butik perkahwinan dan juga jurugambar lain juga sudah sampai ke web blog ini.  Kini, harga pakej yang dzulfotografi tawarkan bermula dari RM950.00 dan mungkin ianya dikatakan mahal dan boleh juga dikatakan sederhana.  Saya tidak meletakkan harga penuh dalampakej yang disediakan kerana saya mahu mengamalkan cara bersemuka dengan pelanggan supaya dapat berbincang terlebih dahulu dengan golongan ini dimana kata sepakat serta pakej yang ditawarkan sepadan dengan budget yang mereka sediakan.  Ini akan menjadi perkara menjadi lebih mudah dan pelanggan akan rasa lebih selesa memilih pakej yang bersesuaian.
 Jadi, semua pakej yang ditawarkan bermula dari RM950 dan akan di tambah mengikut apa yang diperlukan oleh pelanggan seterusnya.  Harga pakej berkenaan disasarkan kepada mereka yang benar-benar berminat untuk mendapatkan siri khidmat dzulfotografi.  Maksudnya disini, pelanggan akan menilai gambar-gambar dzulfotografi terlebih dahulu dan kemudian baru menilai harga yang dzulfotografi tawarkan.  Disini, proses tawar menawar masih lagi berlaku dan pihak pelanggan akan dapat menilai serta memilih mengikut apa yang dirasakan sesuai.

Kebanyakan daripada kita mempunyai dua sindrom yang biasa dihidapi dalam konteks perbelanjaan.

Sindrom Belanja Dulu Rancang Kemudian & Sindrom Tengah Bulan.
 
1. Sindrom Belanja Dulu Rancang Kemudian
Saya amat tertarik dengan kupasan Encik Ismail dalam blog beliau berkenaan dengan sindrom ini. 
Simpton ini mudah difahami dan dilihat secara kasar. Biasanya, memang biasalah, bakal pengantin akan buat perbelanjaan persiapan perkahwinan dahulu (yang sebahagian besarnya adalah bersifat sementara seperti pelamin, sewaan baju pengantin, hantaran dan makanan) dan fotografi/video adalah saki baki duit lebihan perbelanjaan yang ada, atau ditambah saat akhir dari duit gaji.
Kenapa ini berlaku?
Ini kerana kebanyakan kita lebih sukakan kepada sesuatu yang segera dan boleh dinikmati dengan segera. Kita juga belum memahami nilai sentimental sehinggalah saat yang kita memerlukan. Dan mudah menyesal selepas semuanya selesai kerana baru tersedar apa sebenarnya yang lebih penting pada hari bersejarah mereka - kenangan yang dirakamkan sebaik-baiknya. Saat itu wang bukan lagi persoalan kerana limpahan rezeki dari tetamu. Andai kata perlu membayar 3 4 kali ganda pun masih mampu.

2. Sindrom Tengah Bulan
Dari apa yang pernah saya baca, Tanda sindrom ini mudah. Contoh mudah, apabila anda dan rakan anda ke kedai makan, perhatikan arah pandanngan matanya. Jika matanya bergerak dari kanan ke kiri ketika melihat menu, memang sahlah dia menghidap sindrom ini (bukan secara statistik). Apa maknanya pandangan dari kanan ke kiri? Maknanya dia melihat harga dahulu barulah tengok apa makanannya! Begitu juga dengan bakal pengantin. Ramai bukan yang menghidap sindrom ini? Tengok harga dulu baru tengok hasil kerja. Tersilap pilih, lebih mahal dari awalnya kerana terpaksa menambah perkara yang tidak dirancang dari awal selepas dipujuk jurugambar. …. Jadi berapakah nilai ‘mahal’? Berapa pula nilai ‘murah’? Soalan seperti ini hanya dapat dijawab bila kita berada ditempat berkenaan. Masing-masing melihat perkara ini dari sudut yang berbeza.

Ingin saya nyatakan di sini, harga perkhidmatan yang dzulfotografi tawarkan tidaklah yang termurah, tetapi bukanlah yang termahal. Saya, dzulfotografi juga bukanlah jurugambar terbaik atau terhebat, tetapi cukup untuk memberikan yang terbaik kepada bakal-bakal pelanggan dzulfotografi.

Nyatakan berapa ‘murah’ yang anda mahu dan aku akan berikan yang ‘termahal’ anda mampu bayar.   .:dzulfotografi:.
dzulfotografi wedding photographer
+6.013.816.9912
Pakej Perkahwinan 2009

credit to
Putat
Jurugambar Bebas @ Kuching
+6.019.468.6481